“Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. tapi bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.. Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai.. tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.” Moga Allah sentiasa pelihara hati kita.. hati yang dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa- dosanya.. for all sahabat, selamat berjuang! =) ''
Tuesday, March 8, 2011
Hadiah dari Sang Khaliq
Melihat kepada versi cinta ala hollywood,bollywood dan yang sama waktu dengannya yg telah begitu mendominasi kehidupan masa kini, kita rasa terpanggil untuk membetulkan semula prinsip, pendekatan dan citra cinta masa kini.
Kita perlu penerangan yg lebih jelas dan tuntas krn pendekatan menerusi nasyid atau drama cinta versi islam, masih tidak berupaya menghalang pengaruh itu.
Alhasil, cinta makhluk masih menjadi matlamat yg disanjung dan dipuja mengatasi cinta allah. cinta manusia tetap menjadi teras manakala cinta allah hanya menjadi sebutan di hujung kata dan cerita. Cinta allah hnya dijadikan semacam "tempelan" sekadar untuk mewajarkan cinta kekasih yg menjadi fokusnya.
Cinta umpama hadiah atau anugerah daripada allah. Kita tentu gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah? tentulah pemberi hadiah yg lebih kita cintai. Malangnya, apa yg berlaku dewasa ini lebih daripada itu. Pujaan, sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta (hadiah) sampai ke tahap boleh "mempertuhankan" cinta.
Cinta bukan tuhan. Cinta hnya alat untuk manusia berbakti kepada tuhan. Dengan cinta, misi manusia sebagai hamba allah dan khalifah di muka bumi perlu dipikul bersama-sama. Hal ini kerana amanah sebagai khalifah itu amat berat maka perlu dilakukan bersama-sama.
Bagi mewujudkan kebersamaan yang kuat, manusia perlu diikat oleh tali kekeluargaan yang akhirnya membentuk ikatan kemasyarakatan dan persaudaraan dan dalam sebuah keluarga yg merupakan nukleus ataupun asas dan teras ikatan sesama manusia itu perlu ada cinta!
Namun cinta sesama manusia bukanlah segala-galanya. Malangnya dalam realiti kehidupan ini, cinta yg sebegitu selalunya dinobatkan secara "gila-gila". Padahal cinta yg dipuja-puja itu akhirnya sirna setelah diuji dalam rumah tangga. Sementara belum dapat, dipuji dan dipuja, tetapi setelah dapat, segala kemanisannya hilang. Apa yg tidak kena dengan cinta ini?
Imam al-ghazali menegaskan bahawa hanya allah yang berhak menerima cinta kerana hanya dia yang mempunyai segala sebab untuk dicintai.terdapat banyak sebab tibulnya cinta, namun seberapa banyak pun jenis cinta semua sewajarnya pulang kepada pencipta cinta iaitu allah. Dan menurutnya lagi, jika manusia tidak mencintai allah, itu adalah kerana kurangnya pengenalan manusia terhadap allah-tak kenal maka tak cinta.
Cinta yg kecil ialah cinta makhluk akan tetapi cinta itu akan bernilai dan besar hanya apabila didasarkan kepada cinta allah. Cinta itulah yg dialirkan oleh allah ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yg sebenar, suci lg murni. Itulah cinta yg dikhususkan buat manusia beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba allah dan khalifah.
Dan cinta itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh allah, tuhan yg indah dan suka kepada keindahan.
Waallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:DDDDDDDDD
ReplyDelete